Zaza adalah seorang budak seorang budak prempuan yang tinggal di sebuah Kampung bernama Paya Rumput, Melaka. Setiap hari tiada kerja lain yang dilakukannya kecuali bermain-main dengan Midah, rakan karibnya.. Oleh kerana umur mereka baru mencecah 6 tahun, mereka masih belum pergi sekolah. Jadi seawal pukul 9.00 pagi lagi Zaza dan Midah akan bermain di kawasan rumah mereka. Ibu mereka berpesan agar tidak pergi jauh dari rumah kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku.
Pada satu hari , kerana bosan bermain benda yang sama dan di tempat sama, Zaza mengajak Midah bermain agak jauh sikit dari rumah mereka di tepi sebuah belukar, Di tepi belukar itu ada pokok buah keriang. Tentu enak kalau boleh mereka makan, fikir mereka. Zaza dan Midah pun mengumpul buah yang jatuh atas tanah tersebut..
Zaza : Manisnya buah ni, rugi dulu kita tak pernah datang sini.
Midah : Aah la, Bukannya bahaya pun kat sini.Nanti kita kutip bawa balik kat keluarga kita.
Tiba-tiba ada seorang pakcik tua yang berjubah putih datang menyapa mereka. Dia mengajak mereka ke rumahnya yang kebetulan hanya beberapa langkah saja dari situ. Zaza dan Midah pun mengikut pakcik tua tersebut. Sungguh mereka tidak sangka, bahawa ditepi rumah pakcik itu banyak rumah-rumah lain yang besar-besar dan cantik-cantik belaka. Sebentar tadi mereka tidak perasan pun!
Disekeliling rumah-rumah tersebut terdapat beraneka pokok-pokok bunga beraneka warna dan bau. Sana sini kelihatan anak-anak kecil sebaya mereka bermain dengan seronoknya. Zaza dan Midah turut bermain bersama-sama lepas dipelawa mereka. terdapat pelbagai jenis permainan yang tidak pernah mampu dimiliki oleh Zaza dan Midah selama ini. Ada kereta remote control, ada playstation malahan tempat karaoke dan swimmming pool pun juga turut ada. Mereka juga turut dijamu dengan aneka kueh mueh, kek mee dan nasi.
Selepas penat bermain, Zaza dan Midah minta diri untuk pulang. Mereka berjanji akan datang semula untuk bermain bersama. Dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba hari bertukar menjadi malam. terdengar bunyi orang ramai melaungkan azan dan memanggil nama mereka. Mereka berlari-lari anak bila ternampak ibubapa mereka turut serta.
Ibu Zaza : Ya Allah, mana kau berdua pergi ni Zaza, sudah puas orang kampung mencari kau
(Kata ibu Zaza dengan deraian airmata kesyukuran0
Zaza: Kami bermain-main je, bukannya lama pun kami pergi.
Tanpa diketahui Zaza dan Midah ibubapa amereka dan orang kampung terpaksa menggunakan khidmat ustaz di kampung itu untuk mencari mereka. Ketika mereka dijumpai, di badan mereka penuh dengan najis kering. Rupa-rupanya buah yang disangka buah keriang itu adalah tahi kambing, kek dan kueh mueh adalah najis kering manusia, manakala mee goreng yang sedap itu adalah ouh....cacing tanah.!
Selepas kejadian itu, Zaza dan Midah telah jatuh sakit selama seminggu. Mereka telah menyesal dan bertaubat serta tidak lagi berani engkar cakap ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment