Saturday, 16 July 2011

SATU CERITA BERNAMA RAHSIA

Ayah Roza pulang dari kerja dengan muka penuh berseri. Di tangannya ada satu keratan surat khabar yang berbunyi "PERTANDINGAN MELAWAT PEKAN BERNAMA BANDAR". En Rozi ayah Roza bercadang untuk menyertai pertandingan tersebut, tentulah seronok sebab dapat berjalan , hadiahnya pula sangat lumayan. Mereka bersama membaca syaratnya. Antara syaratnya adalah peserta tidak dibenarkan memberi apa-apa maklumat pun pada orang lain termasuk ahli keluarga!


Jadi mereka pun bertolak ke Pekan BANDAR. Mereka  menginap di hotel bernama "RUMAH TUMPANGAN'. Selesai mandi dan berehat, mereka turun ke lobi hotel bersebelahan dengan restoran "KEDAI MAKAN" untuk makan malam.  Mereka menunggu pelayan agak lama untuk memesan makanan.


En Rozi : Apa menu istimewa hari ini?

Pelayan : MAKANAN

En. Rozi : Minuman pulak, apa yang istimewanya?

Pelayan : AIR


En. Rozi terpaksa menahan sabar, jika tidak dia akan kalah dalam pertandingan tersebut!


Selepas makan mereka naik ke bilik. Dalam bilik En Rozi, Pn Ina dan Roza tidak berani bersembang-sembang. Mereka tahu segala percakapan mereka sedang didengar melalui satu alat perakam yang dilekatkan sentiasa bersama di badan mereka. Keletihan, mereka tertidur.


Esok harinya mereka bercadang bersiar-siar di bandar tersebut. En Rozi terpaksa guna isyarat agar kediua-dua isterinya dan anak mengikutnya. Dengan berbantukan sekeping brosur, En Rozi bercadang hendak berjalan kaki sebuah muzium. Selepas berjalan agak lama, En Rozi bertanya kepada salah seorang orang yang lalu lalang di situ.


En Rozi : di manakah muzium BARANG LAMA?

Orang 1 : SANA

En Rozi : Berapa jauh muzium dari sini?

Orang 1 : DEKAT


Dengan rasa bengang, En Rozi bercadang untuk mencuba nasib berjalan ke arah satu bangunan. Nasib menyebelahinya, di sebelah bangunan itu adalah muzium.


Muzium BARANG LAMA itu menempatkan banyak benda-benda lama yang pelik. Terdapat mumi King Tut, salah seorang firaun kerajaan Mesir kuno dan terdapat juga fosil-fosil haiwan lama yang dijumpai. En Rozi dan keluarga sangat gembira, tetapi mereka tidak berani membuka mulut, takut melanggar peraturan. tiada apa maklumat pun tertulis untuk menerangkan barang-barang dalam kaca yang pelik tu! Dalam hati mereka menyumpah peraturan pertandingan itu.... Alangkah ruginya!


Tiba-tiba, Puan Ina menarik tangan suaminya ke suatu sudut menempatkan sebuah almari kaca. Dalam almari kaca itu terdapat sebuah lukisan antik mahal yang sama seperti milik arwah ayahnya. Lukisan itu telah hilang diambil pencuri.


Puan Ina : Dari siapa awak dapat lukisan ini?

Penjaga muzium : ORANG

En Rozi : Saya taulah orang tapi siapa? orang itu telah mencurinya dari simpanan kami


Penjaga muzium : ENTAH

En Rozi : Kalau tidak mau beritahu, saya akan laporkan pada polis


Penjaga Muzium : IKUT SUKA HATI

Di balai polis, En Rozi dan keluarga menulis laporan mengenai lukisan yang dicuri.

'SEMALAM SAYA DAN KELUARGA KE PEKAN BERNAMA BANDAR. KETIKA MELAWAT SEBUAH MIZIUM BERNAMA BARANG LAMA, SAYA TERJUMPA SEBUAH LUKISAN ANTIK YANG SANGAT BERNILAI MILIK AYAH MERTUA SAYA YANG TELAH DICURI OLEH SESEORANG BERNAMA ORANG


Polis yang membaca laporan itu ketawa terbahak-bahak bila membaca laporan itu. Dia menyangka En Rozi kurang waras dan disuruhnya pergi dari situ. Dengan penuh kemarahan En Rozi kembali kepada penganjur pertandingan tersbut dan mengaku yang dia dan keluarga tidak sanggup lagi untuk meneruskan pertandingan dan hendak menarik diri.


Sehingga kini tiada siapa pun pernah dilaporkan menang dalam pertandingan tersebut!

No comments:

Post a Comment