Sunday 17 July 2011

misteri kehilangan Zaza

Zaza adalah seorang budak seorang budak prempuan yang tinggal di sebuah Kampung bernama Paya Rumput, Melaka. Setiap hari tiada kerja lain yang dilakukannya kecuali bermain-main dengan Midah, rakan karibnya..  Oleh kerana umur mereka baru mencecah 6 tahun, mereka masih belum pergi sekolah.  Jadi seawal pukul 9.00 pagi lagi Zaza dan Midah akan bermain di kawasan rumah mereka. Ibu mereka berpesan agar tidak pergi jauh dari rumah kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku.


Pada satu hari , kerana bosan bermain benda yang sama dan di tempat sama, Zaza mengajak Midah bermain agak jauh sikit dari rumah mereka di tepi sebuah belukar,  Di tepi belukar itu ada pokok buah keriang. Tentu enak kalau boleh mereka makan, fikir mereka. Zaza dan Midah pun mengumpul buah yang jatuh atas tanah tersebut..


Zaza : Manisnya buah ni, rugi dulu kita tak pernah datang sini.

Midah : Aah la,  Bukannya bahaya pun kat sini.Nanti kita kutip bawa balik kat keluarga kita.


Tiba-tiba ada seorang pakcik tua yang berjubah   putih datang menyapa mereka. Dia mengajak mereka ke rumahnya yang kebetulan hanya beberapa langkah saja dari situ. Zaza dan Midah pun mengikut pakcik tua tersebut. Sungguh mereka tidak sangka, bahawa ditepi rumah pakcik itu banyak rumah-rumah lain yang besar-besar dan cantik-cantik belaka. Sebentar tadi mereka tidak perasan pun!


Disekeliling rumah-rumah tersebut terdapat beraneka pokok-pokok bunga beraneka warna dan bau. Sana sini kelihatan anak-anak kecil sebaya mereka bermain dengan seronoknya. Zaza dan Midah turut bermain bersama-sama lepas dipelawa mereka. terdapat pelbagai jenis permainan yang tidak pernah mampu dimiliki oleh Zaza dan Midah selama ini. Ada kereta remote control, ada playstation malahan tempat karaoke dan swimmming pool  pun juga turut ada.  Mereka juga turut dijamu dengan aneka kueh mueh, kek mee dan nasi. 


Selepas penat bermain, Zaza dan Midah minta diri untuk pulang. Mereka berjanji akan datang semula untuk bermain bersama. Dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba hari bertukar menjadi malam. terdengar bunyi orang ramai melaungkan azan dan memanggil nama mereka. Mereka berlari-lari anak bila ternampak ibubapa mereka turut serta.




Ibu Zaza : Ya Allah, mana kau berdua pergi ni Zaza, sudah puas orang kampung mencari kau
(Kata ibu Zaza dengan deraian airmata kesyukuran0


Zaza: Kami bermain-main je, bukannya lama pun kami pergi.


Tanpa diketahui Zaza dan Midah ibubapa amereka  dan orang kampung terpaksa menggunakan khidmat ustaz di kampung itu untuk mencari mereka. Ketika mereka dijumpai, di badan mereka penuh dengan najis kering. Rupa-rupanya buah yang disangka buah keriang itu adalah tahi kambing, kek dan kueh mueh adalah najis kering manusia, manakala mee goreng yang sedap itu adalah ouh....cacing tanah.! 


Selepas kejadian itu, Zaza dan Midah telah jatuh sakit selama seminggu. Mereka telah menyesal dan bertaubat serta tidak lagi berani engkar cakap ibubapa mereka.   

Saturday 16 July 2011

SATU CERITA BERNAMA RAHSIA

Ayah Roza pulang dari kerja dengan muka penuh berseri. Di tangannya ada satu keratan surat khabar yang berbunyi "PERTANDINGAN MELAWAT PEKAN BERNAMA BANDAR". En Rozi ayah Roza bercadang untuk menyertai pertandingan tersebut, tentulah seronok sebab dapat berjalan , hadiahnya pula sangat lumayan. Mereka bersama membaca syaratnya. Antara syaratnya adalah peserta tidak dibenarkan memberi apa-apa maklumat pun pada orang lain termasuk ahli keluarga!


Jadi mereka pun bertolak ke Pekan BANDAR. Mereka  menginap di hotel bernama "RUMAH TUMPANGAN'. Selesai mandi dan berehat, mereka turun ke lobi hotel bersebelahan dengan restoran "KEDAI MAKAN" untuk makan malam.  Mereka menunggu pelayan agak lama untuk memesan makanan.


En Rozi : Apa menu istimewa hari ini?

Pelayan : MAKANAN

En. Rozi : Minuman pulak, apa yang istimewanya?

Pelayan : AIR


En. Rozi terpaksa menahan sabar, jika tidak dia akan kalah dalam pertandingan tersebut!


Selepas makan mereka naik ke bilik. Dalam bilik En Rozi, Pn Ina dan Roza tidak berani bersembang-sembang. Mereka tahu segala percakapan mereka sedang didengar melalui satu alat perakam yang dilekatkan sentiasa bersama di badan mereka. Keletihan, mereka tertidur.


Esok harinya mereka bercadang bersiar-siar di bandar tersebut. En Rozi terpaksa guna isyarat agar kediua-dua isterinya dan anak mengikutnya. Dengan berbantukan sekeping brosur, En Rozi bercadang hendak berjalan kaki sebuah muzium. Selepas berjalan agak lama, En Rozi bertanya kepada salah seorang orang yang lalu lalang di situ.


En Rozi : di manakah muzium BARANG LAMA?

Orang 1 : SANA

En Rozi : Berapa jauh muzium dari sini?

Orang 1 : DEKAT


Dengan rasa bengang, En Rozi bercadang untuk mencuba nasib berjalan ke arah satu bangunan. Nasib menyebelahinya, di sebelah bangunan itu adalah muzium.


Muzium BARANG LAMA itu menempatkan banyak benda-benda lama yang pelik. Terdapat mumi King Tut, salah seorang firaun kerajaan Mesir kuno dan terdapat juga fosil-fosil haiwan lama yang dijumpai. En Rozi dan keluarga sangat gembira, tetapi mereka tidak berani membuka mulut, takut melanggar peraturan. tiada apa maklumat pun tertulis untuk menerangkan barang-barang dalam kaca yang pelik tu! Dalam hati mereka menyumpah peraturan pertandingan itu.... Alangkah ruginya!


Tiba-tiba, Puan Ina menarik tangan suaminya ke suatu sudut menempatkan sebuah almari kaca. Dalam almari kaca itu terdapat sebuah lukisan antik mahal yang sama seperti milik arwah ayahnya. Lukisan itu telah hilang diambil pencuri.


Puan Ina : Dari siapa awak dapat lukisan ini?

Penjaga muzium : ORANG

En Rozi : Saya taulah orang tapi siapa? orang itu telah mencurinya dari simpanan kami


Penjaga muzium : ENTAH

En Rozi : Kalau tidak mau beritahu, saya akan laporkan pada polis


Penjaga Muzium : IKUT SUKA HATI

Di balai polis, En Rozi dan keluarga menulis laporan mengenai lukisan yang dicuri.

'SEMALAM SAYA DAN KELUARGA KE PEKAN BERNAMA BANDAR. KETIKA MELAWAT SEBUAH MIZIUM BERNAMA BARANG LAMA, SAYA TERJUMPA SEBUAH LUKISAN ANTIK YANG SANGAT BERNILAI MILIK AYAH MERTUA SAYA YANG TELAH DICURI OLEH SESEORANG BERNAMA ORANG


Polis yang membaca laporan itu ketawa terbahak-bahak bila membaca laporan itu. Dia menyangka En Rozi kurang waras dan disuruhnya pergi dari situ. Dengan penuh kemarahan En Rozi kembali kepada penganjur pertandingan tersbut dan mengaku yang dia dan keluarga tidak sanggup lagi untuk meneruskan pertandingan dan hendak menarik diri.


Sehingga kini tiada siapa pun pernah dilaporkan menang dalam pertandingan tersebut!

Merak Yang Angkuh Bersama Terkukur Yang Bongkak

Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah hutan, terdapat banyak haiwan yang hidup dengan aman dan sentosa. Udara yang bersih serta persekitaran yang nyaman, menyebabkan kesemua haiwan  tersebut sentiasa berasa segar  serta sihat. Setiap pagi mereka memulakan kerja mencari makanan dengan dihiburkan oleh kicauan burung. Apabila malam menjelma, mereka didodoikan pula oleh bunyi cengkerik.

Nunu, seekor burung merak turut tinggal di dalam hutan itu bersama rakan baiknya Kiku. Oleh kerana umur mereka sama,  mereka bermain dan membesar bersama. Dimana ada Kiku, di situ adalah Nunu. Mereka sangat saling sayang menyayangi antara satu sama lain.


Bila kedua-dua haiwan itu menjadi semakin dewasa, mereka  mula berasa bangga dengan kelebihan diri masing-masing.


Nunu :  Ekor awak tak cantik seperti ekor saya
Kata Nunu dengan bangganya.

Kiku : Ek eleh! Cantik pun bukan boleh terbang, macam saya. Tengok ni, boleh tak buat macam saya?
 Kiku cepat-cepat terbang ke sebatang pokok yang tinggi.  

Dengan perasaan sedih, Nunu mencuba berhari-hari lamanya untuk terbang.  Kiku pula terbang tinggi nun jauh  diatas pokok sambil cuba untuk mengembangkan ekornya. Masing-masing mereka berasa sedih kerana tiada lagi kawan tempat bergurau, namun masing-masing berasa terlalu ego untuk mengakunya..


Tiba-tiba ketika Nunu sedang berlatih untuk terbang, datang seekor musang yang telah lama menghendapnya lalu menangkapnya. Nunu yang berasa sungguh terperanjat tidak dapat melarikan diri, lalu menjadi habuan musang tersebut.


Kejadian itu diperhatikan oleh Kiku dari atas pokok. Walaupun dia menangis dan menjerit, rakan baiknya tetap pergi meninggalkannya selama-lamanya. Dalam hatinya penuh rasa kekesalan kerana tidak sempat untuk memberi amaran terlebih dahulu kepada Nunu atas kehadiran Sang Musang. Akhirnya tinggallah Kiku seorang diri mendayu-dayu menanggung kesedihan.


Friday 15 July 2011

Kotak Sakti Hadiah Datuk.

Setelah umur Alia mencapai 9 tahun, barulah dia dibenarkan membuka sebuah kotak pemberian arwah datuknya yang telah meninggal ketika dia berumur dua tahun . Kotak yang penuh habuk itu dikeluarkan dari  stor. Alia terfikir tentu seronok kalau kotak itu dibuka bersama kawan baiknya Lili.


Di rumah Lili kedua-dua sahabat baik itu sangat seronok. Tentu ada macam-macam benda yang ganjil dalam kotak ini. Mereka bercadang membawa kotak itu ketempat rahsia mereka bermain. Terbayang mereka dalam kotak itu penuh dengan barang perhiasan yang cantik-cantik, boleh mereka berlakun jadi tuan puteri nanti, fikir mereka.


Sewaktu membuka kotak yang berhabuk,  terdapat sekeping nota dari datuknya yang bertulis "JANGAN BERITAHU ORANG LAIN". Suasana sunyi sepi disekeliling mereka tadi sudah bertukar menjadi hiruk pikuk. Alia dan Lili mendapati diri mereka sudah berada disebuah kota  yang sibuk.  Terdapat banyak kenderaan yang lalu lalang. Orang-orangnya pula berpakaian pelik, tidak seperti pakaian orang ditempat mereka.  Mereka berjalan-jalan disekeliling kota tersebut. Terdapat banyak papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.Disalah satu papan tanda itu tertulis perkataan "LONDON". Taulah mereka di mana mereka berada sekarang. Alia dan Lili rasa sungguh seronok . Namun oleh kerana kesejukan, mereka terpaksa menutup kotak tersebut. Tiba-tiba keadaan kembali sunyi dan mereka berada di tempat asal mereka sebelum ini. 


Gembira, Alia dan Lili kembali ke rumah. Mereka berjanji tidak akan memberitahu pada orang lain. Keesokan harinya, mereka berjumpa lagi di tempat sama. Bila kotak dibuka, mereka lihat mereka berada di sebuah taman yang cantik. Sana sini terdapat bunga yang sedang mekar mengharum Terdapat bunga mawar, daffodil, tulip  serta beratus-ratus lagi bunga yang tidak diketahui namanya. Leka, mereka bermain dan berlari di celah-celah batas pokok. Mereka terpandang sebuah papan tanda bertulis "HOLLAND"


Hari yang berikutnya mereka dapati mereka berada di sebuah padang pasir. Terdapat pasir sejauh mata memandang . Cuaca terasa sangat panas. Namun pemandangan yang sungguh indah melihat kawanan unta yang berlalu serta pohon korma yang menjadi teduhan, membuatkan mereka tidak terasa lapar ataupun dahaga. Mereka sempat bergelongsor dari atas bukit pasir terebut. Oh! seronok sungguh mereka. Keletihan, mereka menutup kotak tersebut kembali.


Pada suatu hari selepas membuka kota itu, mereka mendapatiyang diri mereka berada di Taman Tema Disneyland. Kedua-dua Alia dan Lili berasa sungguh seronok. Tidak pernah terfikir yang mereka akan sampai ke situ. Sudah lama mereka berangan-angan , untuk bermain segala permainan yang ditunjukkan dalam tv . Mereka bermain sepuas-puasnya tanpa perlu menggunakan kupon. Mereka bermain roller coaster, menjerit ketakutan masuk rumah hantu dan rasa sunnguh teruja menyaksikan pertunjukan Mickey Mouse. Seharian suntuk berada di sana, tidak terasa masa berlalu.


Bila kotak ditutup, mereka dapati hari sudah malam. Sana sini orang kampung menjerit memanggil nama mereka dengan berbantuankan lampu suluh. Ibubapa Alia dan Lili yang sangat susah hati gembira dapat bertemu mereka kembali. Bila ditanya mereka terpaksa bercerita apa yang sebenarnya berlaku.


Semenjak itu. kotak itu hanya tinggal seperti kotak yang biasa, tiada lagi boleh membawa mereka ke tempat lain.....

Kisah Aaron Dengan Faizal Yang Tolol

Aaron Dan Faizal adalah dua orang sepupu yang saling tidak menyukai antara satu sama lain. Jika Aaron suka warna biru, Faizal akan suka warna merah. Jika Aaron suka makan bual epal, Faizall pula suka makan buah durian. Pendek kata apa yang dibuat mereka sering berbeza dan tidak sepakat antara satu sama lain.


Pada suatu hari Aaron telah menerima hadiah pemberian daripada seorang kaya dikampung itu. Dia mundar mandir ke sana ke mari, takut kalau Faizal nampak wang yang dimilikinya.


Tiba-tiba dia terfikir untuk menanam wang yang dimilikinya. Tentu Faizal tidak dapat mencarinya. Lalu dia pun menanam wang tersebut.


Selepas menutup lubang yang berisi wang tersebut, dia terfikir untuk meninggalkan nota agar orang lain tidak tahu ada wang disitu.  Dia pun menulis "DISINI TIADA WANG". "Pandai juga aku", katanya dalam hati.


Tanpa diketahuinya, Faizal sedang memerhatikan gelagatnya ketika itu. Selepas Aaron  meninggalkan tempat itu, dia cepat-cepat menggali lubang dan mengambil wang tersebut. Habis kesemua wang itu dibelanjakan dengan suka hatinya Faizal.


Bila Aaron menggali lubang itu semula untuk mengambil wangnya, dia terperanjat kerana kesemua wangnya telah tiada di situ. Dia pun melaporkan pada polis.


Tanpa berlengah-lengah lagi polis terus menangkap Faizal yang mencuri wang tersebut tanpa perlu bersusah payah mencari pencuri wang tersebut. Diatas lubang itu terdapat penunjuk kepada siapa sebenarnya pencuri, sekeping papan tanda bertulis  "BUKAN FAIZAL YANG AMBIL WANG INI"........

Selipar Kanan Selipar Kiri

Pak Joko mempunyai sepasang anak kembar yang bernama Kiri dan Kanan. Raut wajah kiri adalah betul-betul seiras antara satu sama lain. Setiap hari mereka bermain bersama-sama. Kanan dan Kiri juga saling sayang menyayangi.


Pada suatu hari, ada seorang budak bernama Achin datang berbisik sesuatu dengan Pak Joko. Sambil mengangguk-angguk kepala, Pak Joko meletakkan Kanan dan Kiri ke dalam sebuah beg kertas. Achin membawa pulang kedua-dua kembar itu ke rumah. Achin berasa sangat suka hati kerana mendapat kasut baru. Ia memakainya setiap hari, bila keluar dari rumah.


Kanan : Adik rasa sakit tak kena pijak?

Kiri : Tentulah sakit. Tapi asalkan abang duduk sebelah adik, adik rasa gembira. Kita boleh jalan sama-sama.

Kanan : Memanglah boleh jalan sama-sama, tapi abang tak sanggup lagi dipijak. Tambahan pula kadang-kadang tuan kita memijak tahi ayam. Apa kata kalau  ada peluang kita larikan diri?


Kiri yang keberatan, menasihati abangnya Kanan. Dia masih ingat lagi pesanan Pak Joko  agar mereka taat berkhidmat pada tuannya Achin.


Peluang yang diingini sampai juga pada suatu hari. Apabila Achin sedang menyeberangi sebuah titi, Kanan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Akhirnya dia terjatuh ke dalam sungai.


Kanan: Padan muka adik aku! Tentu sekarang dia kesunyian, tanpa aku. Taat sangat pada tuan, sekarang apa dapat?


Kanan rasa sungguh gembira kerana dapat melepaskan diri daripada tuannya.  Ia rasa sungguh hebat kerana boleh berenang ke sana sini, tanpa ada orang yang mengongkong nya. Setiap hari dia akan menyanyi dan menari seorang diri. Sedikit pun ia tidak menyesal meninggalkan adiknya.


Lama kelamaan perasan jemu mula menghantui dirinya yang keseorangan diri. Dia rasa rindu sangat pada adiknya. Tambahan lagi dia tiada langsung kawan boleh diajak berbicara. Dia rasa sungguh menyesal atas tindakannya. Kanan rasa dengan hidup bebas, dia akan bahagia. Sangkaannya meleset sama sekali. Walaupun dulu dia hidup susah, tapi dengan kehadiran adiknya, dia tidak pernah berasa sunyi.

Thursday 14 July 2011

Batu Ajaib

Pada suatu masa dahulu ada sebuah negeri yang telah dilanda kemarau dengan teruk sekali. Hampir kesemua haiwan ternakan  mahupun tanam-tanaman rosak kerana kekeringan air. Hujan pula tidak turun dengan sekian lamanya. Sana-sini terdapat kebakaran kerana cuaca yang terlampau panas. Ramai orang yang turut terkoban. Bantuan dari luar tidak diperolehi kerana tempat tersebut nun jauh di kawasan pedalaman.


Pada suatu hari, ada seorang anak rantau bernama Anwar telah pulang untuk menjenguk kedua ibubapanya di kampung tersebut. Suasana sunyi seolah-olah dilanda geruda menghairankan pemuda tersebut. Kehairannanya bertukar menjadi kesedihan pula bila diberitahu oleh jirannya yang semua ahli keluarganya sudah meninggal dunia.  Terlampau sedih, Anwar telah menangis teresak-esak hingga tertidur.


Apabila terjaga dari tidur, Anwar baru teringat yang ia belum menjamah apa-apa pun sejak dari pagi tadi. Dia cuba meminta makanan dari beberapa orang jirannya, tetapi jawapannya hampa. Mereka masing-masing pun mempunyai amat sedikit simpanan makanan untuk diri mereka pun tidak mencukupi, apatah lagi hendak diberi pada orang lain. Anwar dihalau keluar dari kampung tersebut.


Dengan longlainya langkah Anwar diatur, ia sungguh letih dan kelaparan. Kerana tidak berhati-hati, ia telah terjatuh kerana terlanggar sebuah batu. Sambil cuba membetulkan diri dan berdiri semula, dia telah mendapat satu idea.


Tanpa menghiraukan orang lain dia telah mengeluarkan sebiji periuk lalu dihidupkan api. Orang yang lalu lalang pun bertanya apa yang dimasaknya.  Anwar menjawab dia sedang memasak sup yang lazat.  Terliur orang itu kehairanan, kerana tiada apapun dalam periuk itu kecuali seketul batu.


Anwar : Lihatlah nanti, batu ini akan menghasilkan makanan yang cukup untuk semua penduduk kampung

Pak Kadok : Kalau saya tambah air dan kacang, boleh ke beri saya sedikit?

Anwar : Sudah tentu, dan kalau ada daging sedikit lagi sedap



Kemudian seorang perempuan tua pula lalu. Selepas menerangkan hal yang sama seperti diterangkan pada Pak Kadok, perempuan tua itu bersetuju untuk memberi karot dan beras.


Begitulah halnya setiap penduduk kampung menyumbangkan seorang sedikit makanan yang mereka ada. Makanan yang dimasak telah menjadi banyak sehingga periuk terpaksa ditukar.


Akhirnya, makanan itu pun siap dimasak. Semua orang dapat merasanya dan makan sehingga kenyang. Sudah lama mereka tidak merasa makan banyak seperti itu.


Selepas makan, Anwar pun meminta diri. Dia telah menghadiahkan batu tersebut kepada ketua kampung. Mulai hari itu, semua orang tidak lagi kelaparan sehingga cuaca kembali menjadi seperti sediakala dan tanaman boleh ditanam kembali.


# Pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini ialah kita hendaklah sentiasa bersabar dan memberi sedeqah itu akan membawa berkat. 

Kucing Parsi Kucing Siam

Tersebutlah kisahnya di jauh pendalaman, terdapat satu keluarga kucing Siam. Keluarga yang diketuai oleh Pak Kucing dan beristerikan Mak Kucing sangat menyayangi dan memanjakan anak mereka Boboy. Hampir kesemua permintaan Boboy dipenuhi oleh Pak Kucing.  Setiap makanan yang ingin dimakan oleh Boboy akan dimasak oleh Mak Kucing. Setiap hari Mak Kucing juga tidak lupa untuk memandikan Boboy dengan hanya menjilat-jilat bulunya.

Pada suatu hari, tuan posmen telah datang menghantar berita gembira kepada keluarga Pak Kucing.  Abangnya Pak Parsi akan datang dari bandaraya kuala Lumpur minggu hadapan.  Sudah tentu Boboy akan berasa gembira bertemu dengan Meow, sepupunya. Boboy rasa sungguh tidak saba-sabar menunggu tarikh yang dijanjikan.

Akhirnya tarikh yang dijanjikan pun tiba, Meow datang bersama keluarganya dengan penuh bergaya. Badan mereka berbau penuh harum semerbak, dengan shampoo yang dibeli tuannya. Badan Meow yang montel dan bersikat rapi, menjadi tarikan semua kucing-kucing yang ada dalam kampong tersebut. 

Boboy rasa sungguh cemburu melihat keaadan Meow yang menjadi tarikan ramai itu. Dia terus menerima pelawaan pakciknya untuk mengikutnya balik  ke Kuala Lumpur untuk makan angin.

Sesampainya di kuala Lumpur, Boboy menjadi tercengang. Sana sini bangunannya tinggi-tinggi dan besar-besar. Jarang sekali ada pokok ditanam menyebabkan cuaca panas dan persekitarannya berhabuk. Bunyi hiruk pikuk hon yang dibunyikan pemandu kereta cukup menyebabkan  Boboy rasa sungguh takut untuk melintas jalan. Dia berjalan dengan sangat berhati-hati kerana jantungnya sentiasa berdebar-debar takut dilanggar kereta. Makanan yang disaji padanya semuanya dibuka terus dari tin. tiada makanan yang segar dan semulajadi seperti yang ayahnya carikan setiap hari. Kehidupannya semakin hari semakin menjemukan. Dia terus menelefon ayahnya untuk mengambilnya balik ke kampung.

Akhirnya Boboy akur akan kesikapannya. Ia amat merindui kedua-dua ibubapanya, kawan-kawannya apatah lagi suasana tenteram di kampungnya solah-olah memanggilnya kembali. tinggallah Meow dengan penuh kemewahan tapi hambar kebosanan...