Pak Joko mempunyai sepasang anak kembar yang bernama Kiri dan Kanan. Raut wajah kiri adalah betul-betul seiras antara satu sama lain. Setiap hari mereka bermain bersama-sama. Kanan dan Kiri juga saling sayang menyayangi.
Pada suatu hari, ada seorang budak bernama Achin datang berbisik sesuatu dengan Pak Joko. Sambil mengangguk-angguk kepala, Pak Joko meletakkan Kanan dan Kiri ke dalam sebuah beg kertas. Achin membawa pulang kedua-dua kembar itu ke rumah. Achin berasa sangat suka hati kerana mendapat kasut baru. Ia memakainya setiap hari, bila keluar dari rumah.
Kanan : Adik rasa sakit tak kena pijak?
Kiri : Tentulah sakit. Tapi asalkan abang duduk sebelah adik, adik rasa gembira. Kita boleh jalan sama-sama.
Kanan : Memanglah boleh jalan sama-sama, tapi abang tak sanggup lagi dipijak. Tambahan pula kadang-kadang tuan kita memijak tahi ayam. Apa kata kalau ada peluang kita larikan diri?
Kiri yang keberatan, menasihati abangnya Kanan. Dia masih ingat lagi pesanan Pak Joko agar mereka taat berkhidmat pada tuannya Achin.
Peluang yang diingini sampai juga pada suatu hari. Apabila Achin sedang menyeberangi sebuah titi, Kanan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Akhirnya dia terjatuh ke dalam sungai.
Kanan: Padan muka adik aku! Tentu sekarang dia kesunyian, tanpa aku. Taat sangat pada tuan, sekarang apa dapat?
Kanan rasa sungguh gembira kerana dapat melepaskan diri daripada tuannya. Ia rasa sungguh hebat kerana boleh berenang ke sana sini, tanpa ada orang yang mengongkong nya. Setiap hari dia akan menyanyi dan menari seorang diri. Sedikit pun ia tidak menyesal meninggalkan adiknya.
Lama kelamaan perasan jemu mula menghantui dirinya yang keseorangan diri. Dia rasa rindu sangat pada adiknya. Tambahan lagi dia tiada langsung kawan boleh diajak berbicara. Dia rasa sungguh menyesal atas tindakannya. Kanan rasa dengan hidup bebas, dia akan bahagia. Sangkaannya meleset sama sekali. Walaupun dulu dia hidup susah, tapi dengan kehadiran adiknya, dia tidak pernah berasa sunyi.
No comments:
Post a Comment