Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah hutan, terdapat banyak haiwan yang hidup dengan aman dan sentosa. Udara yang bersih serta persekitaran yang nyaman, menyebabkan kesemua haiwan tersebut sentiasa berasa segar serta sihat. Setiap pagi mereka memulakan kerja mencari makanan dengan dihiburkan oleh kicauan burung. Apabila malam menjelma, mereka didodoikan pula oleh bunyi cengkerik.
Nunu, seekor burung merak turut tinggal di dalam hutan itu bersama rakan baiknya Kiku. Oleh kerana umur mereka sama, mereka bermain dan membesar bersama. Dimana ada Kiku, di situ adalah Nunu. Mereka sangat saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Bila kedua-dua haiwan itu menjadi semakin dewasa, mereka mula berasa bangga dengan kelebihan diri masing-masing.
Nunu : Ekor awak tak cantik seperti ekor saya
Kata Nunu dengan bangganya.
Kiku : Ek eleh! Cantik pun bukan boleh terbang, macam saya. Tengok ni, boleh tak buat macam saya?
Kiku cepat-cepat terbang ke sebatang pokok yang tinggi.
Kiku cepat-cepat terbang ke sebatang pokok yang tinggi.
Dengan perasaan sedih, Nunu mencuba berhari-hari lamanya untuk terbang. Kiku pula terbang tinggi nun jauh diatas pokok sambil cuba untuk mengembangkan ekornya. Masing-masing mereka berasa sedih kerana tiada lagi kawan tempat bergurau, namun masing-masing berasa terlalu ego untuk mengakunya..
Tiba-tiba ketika Nunu sedang berlatih untuk terbang, datang seekor musang yang telah lama menghendapnya lalu menangkapnya. Nunu yang berasa sungguh terperanjat tidak dapat melarikan diri, lalu menjadi habuan musang tersebut.
Kejadian itu diperhatikan oleh Kiku dari atas pokok. Walaupun dia menangis dan menjerit, rakan baiknya tetap pergi meninggalkannya selama-lamanya. Dalam hatinya penuh rasa kekesalan kerana tidak sempat untuk memberi amaran terlebih dahulu kepada Nunu atas kehadiran Sang Musang. Akhirnya tinggallah Kiku seorang diri mendayu-dayu menanggung kesedihan.
No comments:
Post a Comment