Pada suatu masa dahulu ada sebuah negeri yang telah dilanda kemarau dengan teruk sekali. Hampir kesemua haiwan ternakan mahupun tanam-tanaman rosak kerana kekeringan air. Hujan pula tidak turun dengan sekian lamanya. Sana-sini terdapat kebakaran kerana cuaca yang terlampau panas. Ramai orang yang turut terkoban. Bantuan dari luar tidak diperolehi kerana tempat tersebut nun jauh di kawasan pedalaman.
Pada suatu hari, ada seorang anak rantau bernama Anwar telah pulang untuk menjenguk kedua ibubapanya di kampung tersebut. Suasana sunyi seolah-olah dilanda geruda menghairankan pemuda tersebut. Kehairannanya bertukar menjadi kesedihan pula bila diberitahu oleh jirannya yang semua ahli keluarganya sudah meninggal dunia. Terlampau sedih, Anwar telah menangis teresak-esak hingga tertidur.
Apabila terjaga dari tidur, Anwar baru teringat yang ia belum menjamah apa-apa pun sejak dari pagi tadi. Dia cuba meminta makanan dari beberapa orang jirannya, tetapi jawapannya hampa. Mereka masing-masing pun mempunyai amat sedikit simpanan makanan untuk diri mereka pun tidak mencukupi, apatah lagi hendak diberi pada orang lain. Anwar dihalau keluar dari kampung tersebut.
Dengan longlainya langkah Anwar diatur, ia sungguh letih dan kelaparan. Kerana tidak berhati-hati, ia telah terjatuh kerana terlanggar sebuah batu. Sambil cuba membetulkan diri dan berdiri semula, dia telah mendapat satu idea.
Tanpa menghiraukan orang lain dia telah mengeluarkan sebiji periuk lalu dihidupkan api. Orang yang lalu lalang pun bertanya apa yang dimasaknya. Anwar menjawab dia sedang memasak sup yang lazat. Terliur orang itu kehairanan, kerana tiada apapun dalam periuk itu kecuali seketul batu.
Anwar : Lihatlah nanti, batu ini akan menghasilkan makanan yang cukup untuk semua penduduk kampung
Pak Kadok : Kalau saya tambah air dan kacang, boleh ke beri saya sedikit?
Anwar : Sudah tentu, dan kalau ada daging sedikit lagi sedap
Kemudian seorang perempuan tua pula lalu. Selepas menerangkan hal yang sama seperti diterangkan pada Pak Kadok, perempuan tua itu bersetuju untuk memberi karot dan beras.
Begitulah halnya setiap penduduk kampung menyumbangkan seorang sedikit makanan yang mereka ada. Makanan yang dimasak telah menjadi banyak sehingga periuk terpaksa ditukar.
Akhirnya, makanan itu pun siap dimasak. Semua orang dapat merasanya dan makan sehingga kenyang. Sudah lama mereka tidak merasa makan banyak seperti itu.
Selepas makan, Anwar pun meminta diri. Dia telah menghadiahkan batu tersebut kepada ketua kampung. Mulai hari itu, semua orang tidak lagi kelaparan sehingga cuaca kembali menjadi seperti sediakala dan tanaman boleh ditanam kembali.
# Pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini ialah kita hendaklah sentiasa bersabar dan memberi sedeqah itu akan membawa berkat.
No comments:
Post a Comment