Tersebutlah kisahnya di jauh pendalaman, terdapat satu keluarga kucing Siam. Keluarga yang diketuai oleh Pak Kucing dan beristerikan Mak Kucing sangat menyayangi dan memanjakan anak mereka Boboy. Hampir kesemua permintaan Boboy dipenuhi oleh Pak Kucing. Setiap makanan yang ingin dimakan oleh Boboy akan dimasak oleh Mak Kucing. Setiap hari Mak Kucing juga tidak lupa untuk memandikan Boboy dengan hanya menjilat-jilat bulunya.
Pada suatu hari, tuan posmen telah datang menghantar berita gembira kepada keluarga Pak Kucing. Abangnya Pak Parsi akan datang dari bandaraya kuala Lumpur minggu hadapan. Sudah tentu Boboy akan berasa gembira bertemu dengan Meow, sepupunya. Boboy rasa sungguh tidak saba-sabar menunggu tarikh yang dijanjikan.
Akhirnya tarikh yang dijanjikan pun tiba, Meow datang bersama keluarganya dengan penuh bergaya. Badan mereka berbau penuh harum semerbak, dengan shampoo yang dibeli tuannya. Badan Meow yang montel dan bersikat rapi, menjadi tarikan semua kucing-kucing yang ada dalam kampong tersebut.
Boboy rasa sungguh cemburu melihat keaadan Meow yang menjadi tarikan ramai itu. Dia terus menerima pelawaan pakciknya untuk mengikutnya balik ke Kuala Lumpur untuk makan angin.
Sesampainya di kuala Lumpur, Boboy menjadi tercengang. Sana sini bangunannya tinggi-tinggi dan besar-besar. Jarang sekali ada pokok ditanam menyebabkan cuaca panas dan persekitarannya berhabuk. Bunyi hiruk pikuk hon yang dibunyikan pemandu kereta cukup menyebabkan Boboy rasa sungguh takut untuk melintas jalan. Dia berjalan dengan sangat berhati-hati kerana jantungnya sentiasa berdebar-debar takut dilanggar kereta. Makanan yang disaji padanya semuanya dibuka terus dari tin. tiada makanan yang segar dan semulajadi seperti yang ayahnya carikan setiap hari. Kehidupannya semakin hari semakin menjemukan. Dia terus menelefon ayahnya untuk mengambilnya balik ke kampung.
Akhirnya Boboy akur akan kesikapannya. Ia amat merindui kedua-dua ibubapanya, kawan-kawannya apatah lagi suasana tenteram di kampungnya solah-olah memanggilnya kembali. tinggallah Meow dengan penuh kemewahan tapi hambar kebosanan...
Akhirnya Boboy akur akan kesikapannya. Ia amat merindui kedua-dua ibubapanya, kawan-kawannya apatah lagi suasana tenteram di kampungnya solah-olah memanggilnya kembali. tinggallah Meow dengan penuh kemewahan tapi hambar kebosanan...
No comments:
Post a Comment