Setelah umur Alia mencapai 9 tahun, barulah dia dibenarkan membuka sebuah kotak pemberian arwah datuknya yang telah meninggal ketika dia berumur dua tahun . Kotak yang penuh habuk itu dikeluarkan dari stor. Alia terfikir tentu seronok kalau kotak itu dibuka bersama kawan baiknya Lili.
Di rumah Lili kedua-dua sahabat baik itu sangat seronok. Tentu ada macam-macam benda yang ganjil dalam kotak ini. Mereka bercadang membawa kotak itu ketempat rahsia mereka bermain. Terbayang mereka dalam kotak itu penuh dengan barang perhiasan yang cantik-cantik, boleh mereka berlakun jadi tuan puteri nanti, fikir mereka.
Sewaktu membuka kotak yang berhabuk, terdapat sekeping nota dari datuknya yang bertulis "JANGAN BERITAHU ORANG LAIN". Suasana sunyi sepi disekeliling mereka tadi sudah bertukar menjadi hiruk pikuk. Alia dan Lili mendapati diri mereka sudah berada disebuah kota yang sibuk. Terdapat banyak kenderaan yang lalu lalang. Orang-orangnya pula berpakaian pelik, tidak seperti pakaian orang ditempat mereka. Mereka berjalan-jalan disekeliling kota tersebut. Terdapat banyak papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.Disalah satu papan tanda itu tertulis perkataan "LONDON". Taulah mereka di mana mereka berada sekarang. Alia dan Lili rasa sungguh seronok . Namun oleh kerana kesejukan, mereka terpaksa menutup kotak tersebut. Tiba-tiba keadaan kembali sunyi dan mereka berada di tempat asal mereka sebelum ini.
Gembira, Alia dan Lili kembali ke rumah. Mereka berjanji tidak akan memberitahu pada orang lain. Keesokan harinya, mereka berjumpa lagi di tempat sama. Bila kotak dibuka, mereka lihat mereka berada di sebuah taman yang cantik. Sana sini terdapat bunga yang sedang mekar mengharum Terdapat bunga mawar, daffodil, tulip serta beratus-ratus lagi bunga yang tidak diketahui namanya. Leka, mereka bermain dan berlari di celah-celah batas pokok. Mereka terpandang sebuah papan tanda bertulis "HOLLAND"
Hari yang berikutnya mereka dapati mereka berada di sebuah padang pasir. Terdapat pasir sejauh mata memandang . Cuaca terasa sangat panas. Namun pemandangan yang sungguh indah melihat kawanan unta yang berlalu serta pohon korma yang menjadi teduhan, membuatkan mereka tidak terasa lapar ataupun dahaga. Mereka sempat bergelongsor dari atas bukit pasir terebut. Oh! seronok sungguh mereka. Keletihan, mereka menutup kotak tersebut kembali.
Pada suatu hari selepas membuka kota itu, mereka mendapatiyang diri mereka berada di Taman Tema Disneyland. Kedua-dua Alia dan Lili berasa sungguh seronok. Tidak pernah terfikir yang mereka akan sampai ke situ. Sudah lama mereka berangan-angan , untuk bermain segala permainan yang ditunjukkan dalam tv . Mereka bermain sepuas-puasnya tanpa perlu menggunakan kupon. Mereka bermain roller coaster, menjerit ketakutan masuk rumah hantu dan rasa sunnguh teruja menyaksikan pertunjukan Mickey Mouse. Seharian suntuk berada di sana, tidak terasa masa berlalu.
Bila kotak ditutup, mereka dapati hari sudah malam. Sana sini orang kampung menjerit memanggil nama mereka dengan berbantuankan lampu suluh. Ibubapa Alia dan Lili yang sangat susah hati gembira dapat bertemu mereka kembali. Bila ditanya mereka terpaksa bercerita apa yang sebenarnya berlaku.
Semenjak itu. kotak itu hanya tinggal seperti kotak yang biasa, tiada lagi boleh membawa mereka ke tempat lain.....
No comments:
Post a Comment