Monday, 15 August 2011

Kisah Afif Dengan Orang Tua Misteri

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Afif dan dua orang rakannya sedang berbasikal menuju ke arah utara. Mereka bertiga rasa sungguh seronok kerana diberi kebenaran keluarga masing-masing untuk pergi ke sebuah bandar besar dengan menggunakan basikal.Selama seminggu mereka mempersiapkan bekalan yang hendak dibawa.  Mereka tidak lupa membawa lampu picit, pisau, peta, bekalan air, serta sedikit makanan. Mereka bercadang untuk tidur dalam khemah sahaja untuk menjimatkan wang. Jika ada apa-apa keperluan yang hendak digunakan, mereka akan membeli di kedai yang berdekatan sahaja, supaya dapat meringankan beban yang mereka bawa.

Rasa tidak sabar hendak tiba di bandar tersebut maklumlah mereka berasal dari sebuah desa yang kedudukannya terpencil pula.Selepas mengayuh hampir dua jam, mereka terasa letih. Raja mencadangkan agar mereka berhenti selepas melalui terowong di hadapan. Terowong tersebut tidaklah berapa panjang, ditambah pula lampu siap terpasang untuk memudahkan pengguna yang menggunakannya.

Keluar daipada terowong tersebut, mereka terasa berada seolah-olah disebuah tempat yang sungguh cantik. Sana sini terdapat bunga-bunga berwarna warni, harum mewangi. Rama-rama terbang ke sana-sini untuk menghisap madu. Arnab dan tupai berkejaran antara satu sama lain. Deruan air terjun yang berdekatan, sungguh menenangkan. Mereka menjadi sungguh terpukau melihat pemandangan tersebut.

Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang oranng tua memakai jubah. Mereka dibawa ke rumahnya. Rumahnya sungguh cantik dan bersih. Afif, Raja dan Ah Chew dijamu dengan buah-buahan yang sungguh sedap dan manis. Mereka sempat bertanya kepada pakcik itu rahsia buah limaunya menjadi sungguh manis.

Pakcik Berjubah : Senang je, nak, Jika kita menjaga alam sekitar, tidak menggunakan baja buatan atau racun serangga, semua tanaman kita akan tumbuh dengan segar . Lihat haiwan-haiwan yang pakcik bela semua sihat belaka.

Ah Chew : betul tu, cuba kita lihat, udara yang kita sedut terasa bersih sekali.

Ketiga-tiga rakan tersebut  meminta izin untuk meneruskan perjalanan mereka menuju ke bandar. Pukul 5.00 petang mereka pun sampai di bandar Bandar Gasing. Bandar tersebut sangat sibuk. Sana-sini terdapat kenderaan mengeluarkan asap hitam sementara lori-lori pengangkut barang yang tidak sabar membunyikan hon. Tiada siapa peduli dan memberi jalan untuk mereka melintas. masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

Ketiga-tiga rakan tersebut amat meridui keluarga dan suasana di kampung mereka. Terasa kesalan di hati mereka kerana meninggalkan kampung tercinta. Hanya selepas dua hari di Bandar Gasing. mereka bercadang balik ke rumah semula. Mereka bercadang untuk singgah di rumah pakcik berjubah tersebut.
Tapi malangnya mereka tidak dapat mencari pakcik  tersebut. Mereka tahu rumahnya berhampiran dengan terowong yang mereka lalui. Tapi tiada langsung tanda ada penempatan orang di situ.


Pada minggu berikutnya, sekolah mereka mengadakan lawatan ke sebuah muzium. Sungguh terkejut dan menggeletar mereka bila melihat sejarah pembukaan Bandar Gasing sejak 150 tahun dulu. Dalam gambar orang yang menjadi peneroka perama Bandar Gasing, rupanya saling tidak ubah rupa pakcik yang mereka jumpa tersebut. Semua mereka tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki tersebut....



Sunday, 14 August 2011

Dua Sahabat Bersama Helang Gergasi

Amin dan Jaya adalah dua orang sepupu. Setiap hari mereka berdua akan bermain bersama-sama, mengaji bersama-sama dan ke sekolah bersama-sama. Amin mempunyai perwatakan yang agak pendiam serta bertubuh kurus kering manakala Jaya mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi serta rupa yang segak. Kemana Jay pergi Amin akan menjadi pak turut mengekorinya. bila mereka semakin besar, Jaya mula menunjuk lagaknya. Setiap hari dia akan membuli Amin untuk melakukan kerja-kerjanya.

Amin takut nak melawannya kerana saiznya yang kecil. Lagipun, jika Jaya tidak mahu lagi berkawan dengan nya, dia tidak lagi mempunyai kawan lain. Jaya selalu mengejek Amin .

Jaya : Kau tentu teringin nak jadi aku

Amin : Taklah, aku bersyukur dengan apa yang Allah beri pada aku

Jay : Apa yang istemewanya orang kurus kering. Kau jadi hamba aku layaklah....Hahaha

Amin diam , tunduk merenung kakinya. Dalam hatinya sangat sedih. Bergenang air dimatanya.

Satu hari balik dari sekolah, mereka terdengar bunyi deruman kuat bagai sesuatu yang besar membelah awan. Rupa-rupanya ia adalah seekor helang gergasi yang begelar garuda. Geruda itu akan memilih untuk makan 10 orang budak lelaki dari setiap kampung. Geruda telah pun memperolehi 9 orang budak lelaki, maka tinggal seorang lagi yang tidak cukup. Amin dan Jay ketakutan. Tiada lagi budak lelaki lain yang sesuai untuk dimakan geruda kecuali mereka berdua.

Jaya : Kau ambillah Amin sebagai makanan engkau, dia kurus, senang untuk masuk ke mulut engkau.

Geruda : Kenapa pulak aku nak makan Amin, dia kurus sahaja, tidak cukup isi. Nanti aku akan kebuluran tidak cukup makan

Dengan sekali mencengkam sahaja Jaya dimasukkan Geruda ke dalam mulutnya. Maka tamatlah riwayat Jaya yang sombong itu!